Translate

Showing posts with label pelaburan emas. Show all posts
Showing posts with label pelaburan emas. Show all posts

Scam Used Car Dealer dan Emas?

September 6

Bismillah, dengan ini saya secara terbuka meminta saudara Toy Mohd untuk memberi keterangan terhadap kes terhadap dirinya yg disyaki menipu orang ramai dengan helah jual beli kereta sebelum ini.

Dan sekarang bermain emas pula dengan nama syarikat Al-Razzaq .

Saudara Mohamad Zaifudin bin Ramli , No KP: 820501-08-6417 . Perkara ini telah dibantu sendiri oleh ejen2 anda juga yg anda rekrut tanpa sebarang syarat.

Dan ejen anda sendiri agak keliru dengan apa yg anda buat. Saya terima pelbagai input dari rakan-rakan di luar sana tentang isu ini.

Boleh lihat link disini

fanpage dia

Jika anda betul2 dianiaya, mohon tunjuk bukti dan maklumkan disini.

Tujuan saya pos ini bukanlah untuk memalukan saudara,mengaibkan, ini adalah tanggungjawab kita semua untuk mengelakkan yg lain tertipu.

Ingatlah tak kemana kita kalau menipu sahaja kerjanya, takkan kita dianiaya, kalau mcm -mcm kes keluar

Jika sekarang anda melakukan perniagaan dengan jujur, saya anggap ini adalah publisiti syarikat anda agar orang lebih mengenali dan membeli dari anda. InsyaAllah Allah akan bantu hambanya yg jujur.

Sekian sahaja laporan dari saya.

Jika ada sebarang kesalahan tegurlah sy dgn bersopan santun dan bergembira .

‪#‎sembangyangbenar‬

820501086417





SCAM EMAS - KAZANAH BANGSA SDN BHD DAH TERSONTOT...!!!

SKIM DAH TERSONTOT.....!


TERPAKSALAH DATO' SRI KEPALA BANA KOREK LUBANG KAMBUS LUBANG...!

Selera Emas untuk kambus Pisang Manis... Pisang Manis untuk kambus Pilot Terlampau...! Akhir sekali semua masuk lubang kubur....! Koh Koh Koh...!


Dah tersontot masih mau masuk.... Sontotan teragung adalah ubat terbaik untuk penyakit manusia yang malas dan tamak.





Datuk found guilty of money laundering

Updated: Friday October 31, 2014 MYT 6:59:22 AM
BY STEPHANIE LEE
Deep in discussion: Ismahanum (right) talking with her counsel Zahir Shah outside the Sessions Court in Kota Kinabalu
  
KOTA KINABALU: A Datuk behind a multi-million gold trading ­pyramid scheme has been sentenced to five years’ jail after she was found guilty of money laundering and receiving illegal deposits.

Worldwide Far East Bhd director Datuk Noor Ismahanum Mohd Ismail, 33, was also slapped with a RM2.55mil fine by Sessions Court judge Azreena Aziz yesterday.

Ismahanum from Perak pleaded guilty to the charges against her and her company on Tuesday.

She is accused of receiving deposits of about RM3.88mil from the public without a valid licence under the Banking and Financial Institutions Act 1989.

She received the illegal deposits through a scheme involving gold transactions at the Marina Court condominium at the state capital between Dec 6 and Dec 28, 2010.

Her company was also charged with committing the same offence between Dec 28, 2010 and April 23, 2012 at Wisma Fok Loi here.

Ismahanum and her company were each charged with 57 counts of money laundering in Kuala Lumpur involving RM6.25mil between July 4, 2011 and Dec 31, 2012.

During mitigation, counsel Zahir Shah applied for a minimum fine to be imposed on the company and only a minimum jail sentence for Ismahanum as she did not have enough money.

Bank Negara prosecuting offi­cer Siti Nabilah Huda, who appeared together with Fahmi Abd Moin, applied for a deterrent sentence on the grounds that the company and Ismahanum had collected about RM16.5mil over two years and about 500 people were involved in the scheme.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/10/31/Datuk-found-guilty-of-money-laundering-Director-jailed-five-years-and-fined-RM255mil/

Pengubahan wang haram: Dua beradik antara didakwa

23 Disember 2013
Noor Ismahanum Mohd Ismail, 31 (tengah) serta adiknya, Mohamad Ismahanif Mohd Ismail, 25 (kanan) dan sebuah syarikat pelaburan emas, Worldwide Fast East Berhad, telah dibicarakan di Mahkamah Sesyen atas 116 pertuduhan penggubahan wang haram berjumlah lebih RM3.3 juta. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Dua beradik dan sebuah syarikat pelaburan emas berdepan 116 pertuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan RM6.85 juta di Mahkamah Sesyen hari ini.
 
Datuk Noor Ismahanum Mohd Ismail, 32, dan adiknya, Mohamad Ismahanif, 25, serta syarikat Worldwide Far East Berhad bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Bache.
 
Ahmad membenarkan Noor Ismahanum serta syarikat itu diikat jamin RM500,000 manakala Mohamad Ismahanif sebanyak RM30,000 masing-masing dengan dua penjamin dan menetapkan 17 Feb depan untuk pengurusan kes.
 
Beliau turut memerintahkan kedua-dua beradik, yang merupakan pengarah Worldwide Far East Berhad, menyerahkan pasport masing-masing kepada mahkamah.
 
Noor Ismahanum dan syarikat itu didakwa menggunakan wang berjumlah RM3,281,202.63 hasil aktiviti haram melalui 57 cek daripada akaun CIMB Bank Berhad milik syarikat itu manakala Mohamad Ismahanif didakwa memiliki sebuah kereta Honda Civic dan wang berjumlah RM295,883.48 menerusi hasil aktiviti haram.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Jalan Radin Tengah, Bandar Baru Sri Petaling dekat sini antara 4 Julai 2011 dan 31 Dis tahun lepas mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
 
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mardziatun Nisa Ahamadul Kaber dari Bank Negara tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius.
 
Bagaimanapun, jika mahkamah membenarkan jaminan, beliau menawarkan jaminan sebanyak RM2 juta bagi Noor Ismahanum dan Worldwide Far East Berhad serta RM100,000 bagi Mohd Ismahanif, masing-masing dengan dua penjamin selain memohon tertuduh menyerahkan pasport mereka kepada mahkamah.
 
Peguam Hamidi Mohd Noh meminta jaminan dikurangkan atas alasan kesemua anak guamnya tidak mampu membayar jumlah yang ditawar.
 
"Pasport mereka akan diserah kepada mahkamah dan adalah mustahil bagi mereka melarikan diri kerana melarikan diri bukan jalan penyelesaian, selain itu, Noor Ismahanum juga sering melakukan kerja-kerja kebajikan termasuk membantu anak yatim," katanya.  - Bernama

Labur wang untuk dapatkan lebih banyak wang?

26 September 2012

"MENGGUNAKAN wang bagi mendapatkan lebih banyak wang dengan cara yang mudah dan cepat". Itulah asas yang diperguna oleh pengusaha skim cepat kaya untuk menarik perhatian orang ramai.

Artikel ini adalah yang pertama daripada empat bahagian.

KUALA LUMPUR - "Saya boleh buat wang lebih banyak dengan melabur dalam perniagaan emas," seorang teman memberitahu penulis di sini baru-baru ini.

"Betul ke? Emas adalah satu komoditi (barangan) mahal dan memerlukan wang yang banyak bagi melabur dalam perniagaan sedemikian," jawab penulis.

Kata teman itu lagi, beliau telah melabur sebanyak RM30,000 untuk membeli emas dan syarikat pelaburan tersebut memberi jaminan beliau akan menerima dividen sebanyak RM600 sebulan untuk setiap bulan selagi dia melabur.

"Boleh dapat lebih lagi dividen bulanan jika pelaburannya lebih besar," tambah teman itu lagi.

Pada RM600 sebulan, pelabur boleh menerima jumlah dividen sebanyak RM7,200 bagi 12 bulan tahun itu dan masih mempunyai pelaburan asal sebanyak RM30,000. Itu hanya untuk satu tahun. Kalau bagi lima tahun, dividennya ialah RM36,000 selain RM30,000 pelaburan asal.

Begitu menguntungkan? Sangat mudah dan 'indah' bunyinya.

Pelaburan emas

"Teman anda telah mengambil risiko besar," jelas aktivis konsumer Gurmukh Singh kepada penulis bila diberitahu tentang isu tersebut. Ada beberapa aspek yang pelabur perlu kaji sebelum membuat pelaburan dalam skim seumpama itu.

"Pertama, periksa dulu dan lihat latar belakang syarikat. Mungkin ia wujud secara sah tetapi adakah ia mempunyai lesen mengadakan perniagaan seumpama?

"Adakah aktiviti menerima deposit tunai daripada umum untuk tujuan pelaburan emas dapat kelulusan pihak berkuasa?" tanya beliau.

Menurut Gurmukh, hanya bank serta institusi tertentu sahaja yang dibenarkan Bank Negara menerima deposit tunai daripada orang ramai.

"Jual dan beli emas? Hanya bank yang mempunyai lesen bagi urusan tersebut," kata beliau.

Satu penipuan?

Menurut laporan berita, beratus orang di seluruh negara telah ditipu syarikat yang menawarkan pelaburan emas.

Dalam satu laporan media, seorang mangsa mendakwa dia ditawarkan pulangan lumayan dalam bentuk dividen bulanan bagi pelaburan emas. Mangsa juga ditawarkan ketul emas bagi mengesahkan ketulenan emas itu.

Puashati dengan ketulenan emas tersebut, pelabur berkenaan meletakkan sejumlah besar wangnya dalam skim tersebut. Kerana mahukan pulangan yang lebih besar, beliau sanggup meminjam daripada keluarga dan rakan.

Mangsa itu juga sanggup meminjam dari 'Along' (ceti haram) bagi melabur dalam skim itu.

Untuk bulan pertama pelaburan, mangsa menerima dividen tepat pada masanya manakala bagi bulan kedua bayarannya agak lewat sedikit tetapi mangsa tetap menerima 'habuan'.

Tetapi bagi bulan ketiga, bayaran dividen tidak muncul-mincul dalam akaun bank mangsa. Bila mangsa pergi ke alamat syarikat itu beroperasi, beliau dapati premis itu kosong dan syarikat telah lenyap dan hilang entah ke mana.

Skim cepat kaya

Apa itu skim cepat kaya?

Menurut pihak berwajib dalam bidang pelaburan, skim cepat kaya adalah satu pelan yang menjanjikan pulangan yang tinggi. Istilah skim cepat kaya telah digunakan bagi pelan pelaburan 'yang meragukan' semenjak awal 1900.

Kebanyakan skim seumpama itu menjanjikan pelabur pulangan yang tinggi dengan kononnya risiko yang rendah selain tanpa memerlukan kebolehan.

Kekayaan boleh diterima dalam masa yang begitu singkat. Ada antara skim cepat kaya ini memberi gambaran seolah-olah pelabur boleh jadi kaya hanya dengan berada di rumah dan tanpa perlu bekerja.

Menurut pakar-pakar dalam bidang ini lagi, skim cepat kaya mempunyai konsep bahawa seseorang itu boleh jadi kaya dengan cepat jika beliau berani mengambil risiko - satu konsep yang sama dengan industri perjudian.

Dalam perjudian, pelabur boleh hilang segala pelaburan asalnya walaupun dapat beberapa pulangan yang kecil sebelum itu.

"Keadaannya sama dengan membeli tiket loteri... peluang untuk menang loteri adalah kecil tetapi pembeli sebenarnya menggunakan banyak wang dalam jangkamasa yang lama (membeli tiket loteri)," jelas Gurmukh.

Mudah terpikat?

Kenapa sesetengah anggota masyarakat begitu mudah terjerat bila sebenarnya mereka tahu bahawa mereka boleh ditipu dalam skim-skim begini?

Menurut Gurmukh, orang mudah terpikat dengan janji cepat menjadi kaya dan membenarkan diri mereka percaya kepada situasi tersebut.

"Mereka yang memulakan skim, pakej dan peluang untuk menjadi cepat kaya adalah orang yang sebenarnya akan cepat kaya. Apa yang mereka perlu buat adalah hanya menjanjikan kekayaan yang cepat dan besar bagi pelabur.

"Janji yang dibuat pengendali skim cepat kaya tentang pulangan kewangan tinggi adalah begitu manis sekali.

"Manakala mereka yang menjadi mangsa pula tidak menyangka sama sekali yang penyertaan mereka dalam pelaburan sebegini akan akhirnya membawa kesengsaraan.

"Janji menerima wang yang banyak telah mengaburi mata mangsa terhadap penipuan sebegini," tambah beliau. - Bernama