Translate

Datuk found guilty of money laundering

Updated: Friday October 31, 2014 MYT 6:59:22 AM
BY STEPHANIE LEE
Deep in discussion: Ismahanum (right) talking with her counsel Zahir Shah outside the Sessions Court in Kota Kinabalu
  
KOTA KINABALU: A Datuk behind a multi-million gold trading ­pyramid scheme has been sentenced to five years’ jail after she was found guilty of money laundering and receiving illegal deposits.

Worldwide Far East Bhd director Datuk Noor Ismahanum Mohd Ismail, 33, was also slapped with a RM2.55mil fine by Sessions Court judge Azreena Aziz yesterday.

Ismahanum from Perak pleaded guilty to the charges against her and her company on Tuesday.

She is accused of receiving deposits of about RM3.88mil from the public without a valid licence under the Banking and Financial Institutions Act 1989.

She received the illegal deposits through a scheme involving gold transactions at the Marina Court condominium at the state capital between Dec 6 and Dec 28, 2010.

Her company was also charged with committing the same offence between Dec 28, 2010 and April 23, 2012 at Wisma Fok Loi here.

Ismahanum and her company were each charged with 57 counts of money laundering in Kuala Lumpur involving RM6.25mil between July 4, 2011 and Dec 31, 2012.

During mitigation, counsel Zahir Shah applied for a minimum fine to be imposed on the company and only a minimum jail sentence for Ismahanum as she did not have enough money.

Bank Negara prosecuting offi­cer Siti Nabilah Huda, who appeared together with Fahmi Abd Moin, applied for a deterrent sentence on the grounds that the company and Ismahanum had collected about RM16.5mil over two years and about 500 people were involved in the scheme.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/10/31/Datuk-found-guilty-of-money-laundering-Director-jailed-five-years-and-fined-RM255mil/

Peniaga Didakwa Tipu Lelaki Babitkan RM50,000

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Seorang peniaga mengaku tidak bersalah hari ini atas tuduhan menipu seorang lelaki membabitkan wang berjumlah RM50,000 berhubung kontrak dengan sebuah syarikat akhbar tahun lepas.

Saifulddin Kadir, 31, didakwa menipu Mohd Shafizan Ismail, 34, juga seorang peniaga, dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa dia (tertuduh) telah memperoleh kontrak bernilai RM88,000 itu dengan menunjukkan borang pembelian palsu.

Perbuatan itu mendorong Mohd Shafizan menyerahkan RM50,000 kepadanya di Maybank Desa Seri Hartamas, Brickfields, di sini pada 22 dan 23 Mei 2013.

Bagi pertuduhan itu, Saifulddin didakwa mengikut Sekyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa menggunakan borang pembelian atas nama Seniman Production bertarikh 29 Mac 2013 sebagai tulen bagi meyakinkan Mohd Shafizan mengenai kontrak berkenaan sedangkan borang pembelian itu palsu.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Jalan Hartamas 1, Brickfields, di sini pada 22 Mei tahun lepas dan didakwa mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Hakim Abdul Rashid Daud membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 28 Nov untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan di Mahkamah Sesyen itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Poad manakala tertuduh diwakili peguam Rohani Ibrahim.



-- BERNAMA

Penipuan sewa rumah



Nama Penipu: Justin Wee

No Tel: 016-6392897

Nombor Akaun Maybank: 106089310357 Chew Pei Xin


Celaka ini patut dimandulkan supaya tidak membiak

Penipuan Ejen Loan Gerenti Lulus

Mohd Hanif
August 23 ·
Perhatian kepada semua rakyat,

hari Khamis yg lalu saya tengok ada satu posting ini offer untuk buat loan gerenti lulus, saya seperti biasa melakukan siasatan untuk memastikan rakan2 lain tidak terkena.

Setelah 2 hari menyiasat, bukti yg ada sekarang adalah beliau dalam percubaan menipu.

Katanya untuk mendapatkan loan gerenti lulus ini, hanya cukup sekadar berikan IC depan belakang, dan wang tunai rm1500.

Proses loan akan dilakukan oleh orang bank dan dalam 21hari duit akan diberikan dengan 90% payout , dan 10% untuk takaful dan duit upah mereka.

Bila saya tanya dia di mana, dia ckp di Sabah kerana urusan kerja, bulan 10 baru balik Kl, dan bank mana bekerja dia tak boleh cakap kerana bahaya katanya.

Tapi dia nyatakan bank rakyat lembah kelang.

Tambah beliau lagi dia bekerja sebagai fulltime ejen.

Jadi saya buat berminat tawaran dia, dan dia berikan detail akaun untuk di bankin dan gambar ic yg terlibat.

Dari siasatan saya ic nampak seperti palsu.

No akaun maybank yg diberikan adalah

160054405242 - Nor Amirah Tiammuddin

setelah dibuat carian maka terpampang lah, ada seorang mangsa yg pernah kena dan sama dengan modus operandi yg dilakukan sekarang.

boleh tengok gambar atau di link ini

https://www.facebook.com/Senarai.Penipu.Online.Malaysia.Detail/posts/253676414666037

Dan saya sendiri dah add yg kena tipu ni dan berbual , dia katakan selepas bankin dia akan senyap dan melarikan diri tanpa buat apa2 .

Boleh tengok dalam member Jom Emas ini, adda lagi orang dia , link fb dia

https://www.facebook.com/profile.php?id=100007028087131&fref=pb_other
no phone 016-2779334

Sekian sahaja siasatan saya, jgn kerana kita ingin mencuba menjual beli emas, kita dah terkena tipu dah di awal perjalannya, kalau tak mampu guna modal besar, buat dulu kecil kecil.

Bayangkan 40 ribu orang ada kat sini. 1000 orang berminat dengan apa yg dia katakan.
1000xrm1500 = rm1500000 . Lagi kaya dari buat program

Dan kalau dia tidak menipu boleh post kat sini terus, ceritakan apa yg berlaku .
Terima kasih

‪#‎sembangyangbenar‬

zT







Scammer Jual Beli Emas Online


Assalam & Slm Sejahtera...
Saya mohon,pd sesiapa yg pernah berurusan dgn MAKHLUK CIPTAAN ALLAH nie???walaupn sye tau nie bkn muke sebenar si pelaku..
Sbb dier dh tipu duit sye RM390.
Saya percaya,beliau ade post nk jual gelang emas di group nie...
Tlg PM/wassap/telegram saya
Mr Syuk
0173579302


Scammer Nurwahidah Binti Khamirrudin

CIMB Acc No: 7036950780 (NEW)

CIMB Acc No: 06140014511525 (OLD)

Source: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=877378342296431&set=gm.691003650973867&type=1


KES LAIN



https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10204267921072505&set=p.10204267921072505&type=1

Pengubahan wang haram: Dua beradik antara didakwa

23 Disember 2013
Noor Ismahanum Mohd Ismail, 31 (tengah) serta adiknya, Mohamad Ismahanif Mohd Ismail, 25 (kanan) dan sebuah syarikat pelaburan emas, Worldwide Fast East Berhad, telah dibicarakan di Mahkamah Sesyen atas 116 pertuduhan penggubahan wang haram berjumlah lebih RM3.3 juta. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Dua beradik dan sebuah syarikat pelaburan emas berdepan 116 pertuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan RM6.85 juta di Mahkamah Sesyen hari ini.
 
Datuk Noor Ismahanum Mohd Ismail, 32, dan adiknya, Mohamad Ismahanif, 25, serta syarikat Worldwide Far East Berhad bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Bache.
 
Ahmad membenarkan Noor Ismahanum serta syarikat itu diikat jamin RM500,000 manakala Mohamad Ismahanif sebanyak RM30,000 masing-masing dengan dua penjamin dan menetapkan 17 Feb depan untuk pengurusan kes.
 
Beliau turut memerintahkan kedua-dua beradik, yang merupakan pengarah Worldwide Far East Berhad, menyerahkan pasport masing-masing kepada mahkamah.
 
Noor Ismahanum dan syarikat itu didakwa menggunakan wang berjumlah RM3,281,202.63 hasil aktiviti haram melalui 57 cek daripada akaun CIMB Bank Berhad milik syarikat itu manakala Mohamad Ismahanif didakwa memiliki sebuah kereta Honda Civic dan wang berjumlah RM295,883.48 menerusi hasil aktiviti haram.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Jalan Radin Tengah, Bandar Baru Sri Petaling dekat sini antara 4 Julai 2011 dan 31 Dis tahun lepas mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
 
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mardziatun Nisa Ahamadul Kaber dari Bank Negara tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius.
 
Bagaimanapun, jika mahkamah membenarkan jaminan, beliau menawarkan jaminan sebanyak RM2 juta bagi Noor Ismahanum dan Worldwide Far East Berhad serta RM100,000 bagi Mohd Ismahanif, masing-masing dengan dua penjamin selain memohon tertuduh menyerahkan pasport mereka kepada mahkamah.
 
Peguam Hamidi Mohd Noh meminta jaminan dikurangkan atas alasan kesemua anak guamnya tidak mampu membayar jumlah yang ditawar.
 
"Pasport mereka akan diserah kepada mahkamah dan adalah mustahil bagi mereka melarikan diri kerana melarikan diri bukan jalan penyelesaian, selain itu, Noor Ismahanum juga sering melakukan kerja-kerja kebajikan termasuk membantu anak yatim," katanya.  - Bernama

Suami isteri dicari bantu siasatan kes penipuan jual rumah

WARTAWAN SINAR HARIAN
19 Mei 2013

Pasangan suami isteri yang dicari polis bagi bantu siasatan kes penipuan penjualan rumah di Selangor.

BANTING – Polis sedang mengesan suami isteri yang dipercayai dapat membantu siasatan kes penipuan penjualan rumah di Selangor melalui iklan yang dikesan aktif sejak November lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, polis menerima dua laporan daripada dua mangsa yang didakwa diperdaya melalui penjualan dua rumah di Bandar Saujana Putra.

Menurutnya, modus operandi mereka yang terlibat adalah dengan mengiklankan rumah untuk dijual.

“Suspek akan memperdayakan mangsa dengan meminta bayaran deposit sebanyak 10 peratus untuk jualan rumah.

“Difahamkan, setelah menerima bayaran berkenaan, suspek akan menghilangkan diri sehingga sukar dikesan," katanya.

Nordin berkata, suspek itu dipercayai aktif mengelirukan orang ramai dengan memberi maklumat memiliki sebuah syarikat teknologi maklumat di Petaling Jaya dan mengarahkan mangsa untuk membayar deposit melalui akaun syarikatnya.

Katanya, selain dua laporan diterima di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Kuala Langat, enam lagi laporan sama turut diterima di enam lokasi di Selangor.

“Polis masih menjalankan siasatan walaupun difahamkan syarikat dan nombor akaun suspek tidak diaktifkan lagi,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat pasangan tersebut dikehendaki berhubung terus menghubungi IPD Kuala Langat di talian 03-31872222 atau mana–mana balai polis berhampiran.