Translate

SAMUN DOKTOR: 2 DITAHAN


SAMUN DOKTOR: 2 DITAHAN

1. Dua lelaki ditahan di Jalan SS17/2, Subang Jaya awal pagi ini disyaki terlibat dalam kejadian samun melibatkan mangsa seorang doktor yang putus jari setelah ditetak oleh suspek menggunakan parang di hadapan Poliklinik miliknya Selasa lalu.

2. Pemangku Ketua Polis Selangor, SAC Dato A. Thaiveegan dalam sidang media yang dijalankan sebentar tadi memberitahu pemeriksaan terhadap kedua-dua suspek menjumpai dua telefon bimbit dan sejumlah wang tunai. Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. Kedua-dua suspek ditahan reman pagi ini.

3. Dalam kejadian yang lain, dua lelaki ditahan dalam satu Sekatan Jalan Raya yang dijalankan oleh anggota Balai Polis Bukit Puchong di Persiaran Puchong Tekali. Kedua-dua mereka ditahan dalam keadaan mencurigakan semasa melalui Sekatan Jalan Raya Tersebut. Hasil pemeriksaan keatas kedua-dua mereka polis telah menjumpai sepucuk pistol automatik dan beberapa butir peluru. Semakan juga mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod kesalahan lampau dan positif ujian air kencing. Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (FIPA) 1971 dan Seksyen 6(1) ABKL 1958.

4. Selain itu, beliau memuji tindakan pantas Unit Rondaan Bermotosikal (URB) kerana berjaya menahan seorang lelaki yang sedang bersembunyi dalam kawasan rumah yang dipercayai telah melakukan jenayah pecah rumah. Suspek ditahan bersama beberapa barang berharga antaranya kamera digital, jam tangan dan wang tunai RM1,500. Hasil pemeriksaan suspek positif dadah.

No comments:

Post a Comment