Translate

Wanita cuba selamat suami cedera ditetak

Subang Jaya: Usaha seorang wanita menyelamatkan suaminya yang diserang dua lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di belakang rumah mereka di Taman Puchong Indah, di sini, mengundang padah apabila dia turut ditetak, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, pasangan suami isteri berusia lewat 30-an itu parah dan kini dirawat di Hospital Serdang (HS) selain kerugian RM20,000 apabila barang kemas dilarikan penjenayah terbabit.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa membuat kerja rumah di belakang rumahnya sebelum dua lelaki berusia 20-an yang menaiki sebuah motosikal tiba-tiba berhenti.

“Seorang daripada suspek menghampiri mangsa sebelum memaksanya menyerahkan wang. Suspek mengeluarkan parang bagi menakutkan mangsa.

“Mangsa cuba melawan menyebabkan pergelutan berlaku sebelum suspek menetak mangsa beberapa kali,” katanya.

Menurutnya, isteri mangsa yang berada dalam rumah bergegas keluar memberi bantuan kepada suaminya sebelum dia ditetak kumpulan terbabit.

Katanya, sebelum melarikan diri, dua suspek terbabit merampas rantai leher dan gelang milik mangsa dianggarkan bernilai RM20,000.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/29
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wanitacubaselamatsuamicederaditetak/Article

No comments:

Post a Comment