Translate

Penipuan Homestay - Steven Lee Teik Meng

Penjenayah ini menggunakan nama Steven Lee Teik Meng seperti dalam salinan IC palsu yang diserahkan kepada pemilik homestay.

Gambar dalam salinan IC adalah muka sebenar penjenayah.


Penyamun ini menyewa homestay (jenis condo atau apartment) daripada pemilik sebenar selama 2-3 hari dengan kadar bayar yang ditentukan oleh pemilik homestay (mungkin dengan harga RM200-00 sehari atau bersamaan dengan RM600-00)

Kemudiannya penyamun ini akan menyiarkan iklan rumah (di laman seperti mudah.my) untuk disewa sebanyak RM1,500-00 sebulan (kadar mungkin berubah-ubah) untuk tempoh setahun kepada mangsa-mangsanya.

Penyamun ini akan mengambil deposit pendahuluan (advance) sebanyak sebulan sewa, dua bulan deposit sekuriti dan setengah bulan deposit daripada mangsa (jika sewa adalah sebanyak RM1,500-00 sebulan, mangsa akan kehilangan wang berjumlah RM5,250-00).

Dengan bermodalkan RM600-00, penjenayah ini akan dapat menipu RM5,250-00.

Untuk menyakinkan mangsa, si penipu ini akan menyediakan perjanjian sewa untuk ditandatangan oleh mangsa-mangsa.

Untuk mengelakkan ditipu, pasti anda memeriksa status pemilik dengan pihak Pengurusan Condo berkenaan dan juga dapatkan IC original, lesen memandu, dan lain dokumen ASLI untuk disemak.

Pemilik Kereta Dianiaya oleh Suspek Bernama Noor Izwan Abd Malik

WANTED...!!!
NOOR IZWAN BIN ABD MALIK scam
850923-01-6045


Diharap anda semua mengambil perhatian *terutamanya yang menjalankan perniagaan menyewa kenderaan tanpa permit (sendiri-sendiri punya) atau anda yang gemar meminjamkan kenderaan dgn sedikit imbuhan.

MODUS OPERANDI

Suspek biasanya datang pada sebelah malam serta menawarkan untuk meminjam/menyewa kenderaan mangsa/anda dalam masa 2-3 hari dengan bayaran tententu.

Setelah tamat rempoh 3 hari pertama, suspek akan membayar seperti yang dijanjikan melalui bayaran ke akaun mangsa dan seterusnya melanjutkan sewaan kenderaan sehingga seminggu.

Setelah tamat tempoh seminggu, suspek akan menghubungi mangsa umtuk menjelaskan sewaan minggu pertama menerusi barayan ke akaun. Semua transaksi telah berlaku seperti yang dijanjikan.

Tanpa memulangkan kenderaan suspek terus menawarkankan untuk menyewa secara mingguan. Bayaran minggu kedua serta ketiga juga dijelaskan dgn sempurna.

Ini menyebabkan mangsa mempercayai suspek. Suspek berbincang untuk menyewa secara bulanan. Melihatkan hasil keuntungan yg agak banyak serta rekod lampau suspek yg sgt baik mengenai bayaran, mangsa biasanya akan bersetuju, apabila sampai tempoh sebulan.

MANGSA akan menghubungi suspek, manakala suspek akan melengah-lengahkan sehinggalah 6 bulan dan kenderaan masih belum dipulangkan.

2 kes telah dilapor kan di sekitar Gombak, suspek adalah individu yang berlainan tetapi menggunakan modus operandi yg sama.