26 September 2012
"MENGGUNAKAN wang bagi mendapatkan lebih banyak wang dengan cara yang mudah dan cepat". Itulah asas yang diperguna oleh pengusaha skim cepat kaya untuk menarik perhatian orang ramai.
Artikel ini adalah yang pertama daripada empat bahagian.
KUALA LUMPUR - "Saya boleh buat wang lebih banyak dengan melabur dalam perniagaan emas," seorang teman memberitahu penulis di sini baru-baru ini.
"Betul ke? Emas adalah satu komoditi (barangan) mahal dan memerlukan wang yang banyak bagi melabur dalam perniagaan sedemikian," jawab penulis.
Kata teman itu lagi, beliau telah melabur sebanyak RM30,000 untuk membeli emas dan syarikat pelaburan tersebut memberi jaminan beliau akan menerima dividen sebanyak RM600 sebulan untuk setiap bulan selagi dia melabur.
"Boleh dapat lebih lagi dividen bulanan jika pelaburannya lebih besar," tambah teman itu lagi.
Pada RM600 sebulan, pelabur boleh menerima jumlah dividen sebanyak RM7,200 bagi 12 bulan tahun itu dan masih mempunyai pelaburan asal sebanyak RM30,000. Itu hanya untuk satu tahun. Kalau bagi lima tahun, dividennya ialah RM36,000 selain RM30,000 pelaburan asal.
Begitu menguntungkan? Sangat mudah dan 'indah' bunyinya.
Pelaburan emas
"Teman anda telah mengambil risiko besar," jelas aktivis konsumer Gurmukh Singh kepada penulis bila diberitahu tentang isu tersebut. Ada beberapa aspek yang pelabur perlu kaji sebelum membuat pelaburan dalam skim seumpama itu.
"Pertama, periksa dulu dan lihat latar belakang syarikat. Mungkin ia wujud secara sah tetapi adakah ia mempunyai lesen mengadakan perniagaan seumpama?
"Adakah aktiviti menerima deposit tunai daripada umum untuk tujuan pelaburan emas dapat kelulusan pihak berkuasa?" tanya beliau.
Menurut Gurmukh, hanya bank serta institusi tertentu sahaja yang dibenarkan Bank Negara menerima deposit tunai daripada orang ramai.
"Jual dan beli emas? Hanya bank yang mempunyai lesen bagi urusan tersebut," kata beliau.
Satu penipuan?
Menurut laporan berita, beratus orang di seluruh negara telah ditipu syarikat yang menawarkan pelaburan emas.
Dalam satu laporan media, seorang mangsa mendakwa dia ditawarkan pulangan lumayan dalam bentuk dividen bulanan bagi pelaburan emas. Mangsa juga ditawarkan ketul emas bagi mengesahkan ketulenan emas itu.
Puashati dengan ketulenan emas tersebut, pelabur berkenaan meletakkan sejumlah besar wangnya dalam skim tersebut. Kerana mahukan pulangan yang lebih besar, beliau sanggup meminjam daripada keluarga dan rakan.
Mangsa itu juga sanggup meminjam dari 'Along' (ceti haram) bagi melabur dalam skim itu.
Untuk bulan pertama pelaburan, mangsa menerima dividen tepat pada masanya manakala bagi bulan kedua bayarannya agak lewat sedikit tetapi mangsa tetap menerima 'habuan'.
Tetapi bagi bulan ketiga, bayaran dividen tidak muncul-mincul dalam akaun bank mangsa. Bila mangsa pergi ke alamat syarikat itu beroperasi, beliau dapati premis itu kosong dan syarikat telah lenyap dan hilang entah ke mana.
Skim cepat kaya
Apa itu skim cepat kaya?
Menurut pihak berwajib dalam bidang pelaburan, skim cepat kaya adalah satu pelan yang menjanjikan pulangan yang tinggi. Istilah skim cepat kaya telah digunakan bagi pelan pelaburan 'yang meragukan' semenjak awal 1900.
Kebanyakan skim seumpama itu menjanjikan pelabur pulangan yang tinggi dengan kononnya risiko yang rendah selain tanpa memerlukan kebolehan.
Kekayaan boleh diterima dalam masa yang begitu singkat. Ada antara skim cepat kaya ini memberi gambaran seolah-olah pelabur boleh jadi kaya hanya dengan berada di rumah dan tanpa perlu bekerja.
Menurut pakar-pakar dalam bidang ini lagi, skim cepat kaya mempunyai konsep bahawa seseorang itu boleh jadi kaya dengan cepat jika beliau berani mengambil risiko - satu konsep yang sama dengan industri perjudian.
Dalam perjudian, pelabur boleh hilang segala pelaburan asalnya walaupun dapat beberapa pulangan yang kecil sebelum itu.
"Keadaannya sama dengan membeli tiket loteri... peluang untuk menang loteri adalah kecil tetapi pembeli sebenarnya menggunakan banyak wang dalam jangkamasa yang lama (membeli tiket loteri)," jelas Gurmukh.
Mudah terpikat?
Kenapa sesetengah anggota masyarakat begitu mudah terjerat bila sebenarnya mereka tahu bahawa mereka boleh ditipu dalam skim-skim begini?
Menurut Gurmukh, orang mudah terpikat dengan janji cepat menjadi kaya dan membenarkan diri mereka percaya kepada situasi tersebut.
"Mereka yang memulakan skim, pakej dan peluang untuk menjadi cepat kaya adalah orang yang sebenarnya akan cepat kaya. Apa yang mereka perlu buat adalah hanya menjanjikan kekayaan yang cepat dan besar bagi pelabur.
"Janji yang dibuat pengendali skim cepat kaya tentang pulangan kewangan tinggi adalah begitu manis sekali.
"Manakala mereka yang menjadi mangsa pula tidak menyangka sama sekali yang penyertaan mereka dalam pelaburan sebegini akan akhirnya membawa kesengsaraan.
"Janji menerima wang yang banyak telah mengaburi mata mangsa terhadap penipuan sebegini," tambah beliau. - Bernama
Translate
Penipuan Homestay - Steven Lee Teik Meng
Penjenayah ini menggunakan nama Steven Lee Teik Meng seperti dalam salinan IC palsu yang diserahkan kepada pemilik homestay.
Gambar dalam salinan IC adalah muka sebenar penjenayah.
Penyamun ini menyewa homestay (jenis condo atau apartment) daripada pemilik sebenar selama 2-3 hari dengan kadar bayar yang ditentukan oleh pemilik homestay (mungkin dengan harga RM200-00 sehari atau bersamaan dengan RM600-00)
Kemudiannya penyamun ini akan menyiarkan iklan rumah (di laman seperti mudah.my) untuk disewa sebanyak RM1,500-00 sebulan (kadar mungkin berubah-ubah) untuk tempoh setahun kepada mangsa-mangsanya.
Penyamun ini akan mengambil deposit pendahuluan (advance) sebanyak sebulan sewa, dua bulan deposit sekuriti dan setengah bulan deposit daripada mangsa (jika sewa adalah sebanyak RM1,500-00 sebulan, mangsa akan kehilangan wang berjumlah RM5,250-00).
Dengan bermodalkan RM600-00, penjenayah ini akan dapat menipu RM5,250-00.
Untuk menyakinkan mangsa, si penipu ini akan menyediakan perjanjian sewa untuk ditandatangan oleh mangsa-mangsa.
Untuk mengelakkan ditipu, pasti anda memeriksa status pemilik dengan pihak Pengurusan Condo berkenaan dan juga dapatkan IC original, lesen memandu, dan lain dokumen ASLI untuk disemak.
Pemilik Kereta Dianiaya oleh Suspek Bernama Noor Izwan Abd Malik
WANTED...!!!
NOOR IZWAN BIN ABD MALIK scam
850923-01-6045
Diharap anda semua mengambil perhatian *terutamanya yang menjalankan perniagaan menyewa kenderaan tanpa permit (sendiri-sendiri punya) atau anda yang gemar meminjamkan kenderaan dgn sedikit imbuhan.
MODUS OPERANDI
Suspek biasanya datang pada sebelah malam serta menawarkan untuk meminjam/menyewa kenderaan mangsa/anda dalam masa 2-3 hari dengan bayaran tententu.
Setelah tamat rempoh 3 hari pertama, suspek akan membayar seperti yang dijanjikan melalui bayaran ke akaun mangsa dan seterusnya melanjutkan sewaan kenderaan sehingga seminggu.
Setelah tamat tempoh seminggu, suspek akan menghubungi mangsa umtuk menjelaskan sewaan minggu pertama menerusi barayan ke akaun. Semua transaksi telah berlaku seperti yang dijanjikan.
Tanpa memulangkan kenderaan suspek terus menawarkankan untuk menyewa secara mingguan. Bayaran minggu kedua serta ketiga juga dijelaskan dgn sempurna.
Ini menyebabkan mangsa mempercayai suspek. Suspek berbincang untuk menyewa secara bulanan. Melihatkan hasil keuntungan yg agak banyak serta rekod lampau suspek yg sgt baik mengenai bayaran, mangsa biasanya akan bersetuju, apabila sampai tempoh sebulan.
MANGSA akan menghubungi suspek, manakala suspek akan melengah-lengahkan sehinggalah 6 bulan dan kenderaan masih belum dipulangkan.
2 kes telah dilapor kan di sekitar Gombak, suspek adalah individu yang berlainan tetapi menggunakan modus operandi yg sama.
Scammer Muhammad Firdaus Abdul Aziz
Scammer Alert ( Malaysia )
9 May 2012 ·
sila ambil perhatian!!!
Nama ini telah dikenalpasti sebagai penipu @pembohong!
Ini iklannya...http://beta.ibilik.my/rooms/176235/bilik-untuk-di-sewa dan http://www.mudah.my/Bilik-13190071.htm
Mungkin telah dipadamkan olehnya... Kalau anda terjumpa iklan seperti yang dipostkan olehnya...sila berhati2...
Maklumat si Penipu:
Nama Penuh: Muhammad Firdaus bin Abdul Aziz
nom hp: 0176728672
nom hp: 0172459857
No.IC: 890512-08-6117
Alamat Rumah:12A, Jalan Suasana 4-2c,Bandar Tun Hussein Onn, 43000 Cheras.
No.Akaun Maybank: 164098574522
Email: mf120589@gmail.com
Blog : http://shaolinfc.blogspot.com/
profile blogger: http://www.blogger.com/profile/06502257092333385717
Gambar beliau adalah seperti yang dipaparkan...
Cara Penipuan:
Mangsa sms tanya pasal rumah sewa, penipu ni akan membalas ada...kena masuk deposit dulu. Mangsa mohon untuk lihat rumah, penipu akan bagi mcm2 alasan utk elak jumpa dan hanya mohon minta bank in saja duit dan berjanji rumah telah disediakan. Mangsa terpedaya dan masukkan duit. Penipu mohon tambah lagi duit deposit utk tujuan yang sengaja direka2.. Mangsa mengelak dan mohon utk lihat rumah. Penipu akhirnya mengalah dan mengatakan rumah sewa tidak dapat disediakan dan berjanji akan memulangkan semula deposit. Mangsa menungggu dan terus menunggu hingga bermacam2 alasan penipu gunakan untuk melengah2kan proses dan akhirnya diam tanpa khabar berita... So, berhati2 dengan nama ini ye...
Kepada sesiapa yang pernah menjadi mangsa, sila ambil maklumat ini untuk tindakan laporan polis. Juga sebagai peringatan kepada sesiapa yang nak bank in duit anda kepada si celaka ini, sila semak dahulu akaun yang diberikan!
Peringatan Penting!
Jangan sesekali bank in kan duit anda jika anda belum lagi melihat rumah yang dijanjikan walaupun didesak untuk booking siapa cepat dia dapat..
SUMBER: http://www.ibilik.my/rooms/194178/firdausss-suhaimi-hassan-adalah-penipu-0176728672-0172459857
https://www.facebook.com/penipuancyber/photos/a.351223548265791.85713.351210768267069/351919948196151/?type=3
9 May 2012 ·
sila ambil perhatian!!!
Nama ini telah dikenalpasti sebagai penipu @pembohong!
Ini iklannya...http://beta.ibilik.my/rooms/176235/bilik-untuk-di-sewa dan http://www.mudah.my/Bilik-13190071.htm
Mungkin telah dipadamkan olehnya... Kalau anda terjumpa iklan seperti yang dipostkan olehnya...sila berhati2...
Maklumat si Penipu:
Nama Penuh: Muhammad Firdaus bin Abdul Aziz
nom hp: 0176728672
nom hp: 0172459857
No.IC: 890512-08-6117
Alamat Rumah:12A, Jalan Suasana 4-2c,Bandar Tun Hussein Onn, 43000 Cheras.
No.Akaun Maybank: 164098574522
Email: mf120589@gmail.com
Blog : http://shaolinfc.blogspot.com/
profile blogger: http://www.blogger.com/profile/06502257092333385717
Gambar beliau adalah seperti yang dipaparkan...
Cara Penipuan:
Mangsa sms tanya pasal rumah sewa, penipu ni akan membalas ada...kena masuk deposit dulu. Mangsa mohon untuk lihat rumah, penipu akan bagi mcm2 alasan utk elak jumpa dan hanya mohon minta bank in saja duit dan berjanji rumah telah disediakan. Mangsa terpedaya dan masukkan duit. Penipu mohon tambah lagi duit deposit utk tujuan yang sengaja direka2.. Mangsa mengelak dan mohon utk lihat rumah. Penipu akhirnya mengalah dan mengatakan rumah sewa tidak dapat disediakan dan berjanji akan memulangkan semula deposit. Mangsa menungggu dan terus menunggu hingga bermacam2 alasan penipu gunakan untuk melengah2kan proses dan akhirnya diam tanpa khabar berita... So, berhati2 dengan nama ini ye...
Kepada sesiapa yang pernah menjadi mangsa, sila ambil maklumat ini untuk tindakan laporan polis. Juga sebagai peringatan kepada sesiapa yang nak bank in duit anda kepada si celaka ini, sila semak dahulu akaun yang diberikan!
Peringatan Penting!
Jangan sesekali bank in kan duit anda jika anda belum lagi melihat rumah yang dijanjikan walaupun didesak untuk booking siapa cepat dia dapat..
SUMBER: http://www.ibilik.my/rooms/194178/firdausss-suhaimi-hassan-adalah-penipu-0176728672-0172459857
https://www.facebook.com/penipuancyber/photos/a.351223548265791.85713.351210768267069/351919948196151/?type=3
Subscribe to:
Posts (Atom)